PAS, Fasik, dan kesahihan berita

Pemimpin PAS ramai yang sedar bahawa sebahagian besar rakyat sudah meluat dengan sikap dan tindakan mereka. PAS dibawah pimpinan Haji Hadi dilihat sebagai sebuah parti yang reaksioner; mempertahankan Najib yang melakukan kemungkaran dan maksiat; mahu memposisi dirinya sendiri sebagai kumpulan yang mesti ditaati secara absolute.

Kenapa PAS bersikap begini? Mungkin kerana pemimpin PAS sudah dibeli.

Sekarang sudah timbul cerita mengenai PAS menerima wang dari kerajaan Najib atau Najib. Kita tidak tahu ianya benar atau tidak. Tapi, dengan Najib tidak ada yang mustahil. Seperti yang kita tahu, Najib membeli jalan keluar dari segala masaalah.

Jika ianya fitnah, bukan sahaja PAS yang mesti saman SR, Najib juga mesti saman. kerana tulisan SR itu menggambarkan Najib sebagai pemberi rasuah. Ini dimensi baru. selama ini, SR menggambarkan Najib melakukan rasuah dimana wang mengalir kepada nya.

Jika wang itu wang haram, adakah ia bersih sebab PAS menerima nya? Atau PAS beroperasi atas prinsip wa haraamun jika makan sorang, wa halaalun jika kongsi sama?

Jika demikian rupanya, maka PAS beroperasi atas prinsip expediency- yakni yang menyenangkan mereka,mereka pakai. Yang menyusahkan mereka, mereka buang.

PAS akan baca ayat yang mengatakan jangan dengar cerita dari orang kafir atau sumber yang meragukan.  Tok lebai PAS akan baca ayat 6 dari surah Al Hujurat.

Jika ada orang fasik membawa berita- hendaklah kamu teliti dahulu. Kita semua telitilah. Berita ini belum sahih. Kita tidak diperintah menolak nya, kita diperintah teliti. Ertinya, walaupun sumber berita fasik, mungkin ada kebenaran dalam cerita tersebut. Bercakap benar bukan monopoli orang Islam. Bercakap benar tentu sekali bukan monopoli orang PAS.

Katalah, berita mengenai PAS menerima RM90 juta tidak benar, berita lain bagaimana? Ada kawan saya kata- suruh PAS define mana bahagian tidak benar? tidak benar mereka menerima wang, atau wang yang diterima lebih dari RM90 juta?Menuduh PAS terima RM90 juta manakala jumlah nya lebih besar, pun suatu fitnah!

Adakah PAS akan suruh rakyat tolak berita mengenai 1MDB, SRC, berita mengenai Musa Aman, dan berita mengenai Taib Mahmud?

Tapi berita lain yang dibawa oleh Sarawak Report sudah pun terbukti  kejadian nya oleh DOJ Amerika. Oleh yang demikian, berita mengenai PAS menerima bayaran dari Najib tidaklah boleh dietepikan begitu sahaja.

Sementara itu, kita tangguh dahulu- sahih atau batil.

Kemudian, bagaimana kita faham konsep fasik? Maksud sebenar ialah mereka yang mengengkari atau menyimpang dari perintah Allah. Lihat Al Quran 18:50.

Bila Allah memerintah sekalian malaikat dan jin tunduk kepada Adam, mereka semua menurut perintah kecuali Iblis, Dia engkar dan menentang perintah Allah. Allah memberi peringatan bahawa adakah kita mahu  menjadikan Iblis dan keturunan nya sebagai pemimpin?

Inti pati ayat ini, dalam konteks isiu yang kita perbahaskan ialah orang fasik yakni yang melanggar perintah Allah, tidak boleh kita jadi kan pemimpin,

Aplikasi dalam kes kita sekrang, yakni kes mengurus kerajaan- tentulah perintah Allah yang kita hendak ikuti ialah mencari pemimpin yang berintegriti, yang jujur, amanah, yang tidak mencuri wang rakyat, yang tidak menindas rakyat, yang tidak salah guna kuasa, yang tidak menggunakan undang2 untuk menzalimi rakyat.

Ustaz2 PAS tahu siapa yang fasik. Tapi mereka menyeru kita mempertahankan si fasik. Jika PAS melakukan demikian, menjadi apa mereka? Mereka jadi golongan reaksioner yang menyekat kemajuan rakyat dan  golongan yang mempertahankan maksiat dan kemungkaran sebab mereka pun turut menerima habuan.

PAS tidak perlu saman. mereka harus bersumpah waallahi, wabillahi, watallahi sahaja untuk mengatakan mereka tidak mengambil dan menerima wang dari Najib. Ustaz PAS tentu lebih takutkan Allah dari manusia.

Mulakan dengan Haji Hadi, Harun Din, Nik Abduh dan Nasrudin Tantawi, Nasrudin Mat Isa tidak perlu dipanggil- satu dunia tahu dia sudah di kompromi.

Apa perkara yang paling utama dalam kes 1MDB misalnya? Ianya ialah menegakkan kebenaran dan keadilan. Siapa yang fasik dalam kes ini? Yang fasik ialah mereka yang tidak memelihara amanah, tidak jujur, mencuri wang, rasuah, berbohong. Wajibkah kita percaya orang seperti ini?

Wajib kah PAS suruh kita percaya Najib, Shahrol Azral, Arul Kandasamy, Jho Low, Tarek Obaid, Qadem al Qubaisi, Badawi Huseni?

Setakat ini, yang kita tahu fasik ialah Najib Razak dengan geng2 nya. Maka, jika mereka yang membawa berita kepada kita, berita mereka itu yang kita kena teliti.

Adakah orang PAS faham konsep konteks? Kita tidak menolak kemestian dan keperluan meneliti pemberitaan. Kalau berita itu datang dari orang jual kacang putih ditepi jalan, orang jual air batu- mungkin kita kena teliti dan curiga. Tapi kalau berita itu datang dari orang yang ada rekod mendedahkan kemungkaran dan kejahatan dan kemudian pendedahan nya didapati benar pula, maka berita dari mereka ada kredibiliti.

Jika pembawa berita itu ketua kampong, berbanding dengan ahli parlimen misalnya, maka kredibliti ahli parlimen tentulah lebih tinggi. Ketua kampong- sumber nya mungkin borak2 kedai kopi. Ahli parlimen ada maklumat dari jabatan keajaan, sumber yang boleh dipercayai.

Janganlah kita samakan sumber berita secara borong- berita yang disampaikan oleh seorang berpeleseran di kedai kopi tentu tidak sama dengan berita yang disampaikan oleh ahli parlimen.

Sebgai contoh ada pemimpin UMNO yang baca ayat al Quran supaya tidak percaya kepada berita yang dibawa oleh Rafizi Ramli mengenai Tabung Haji. Rafizi Ramli bukan ketua kampong atau ahli rela. Maklumat yang dia ada , kenalah orang bangun tersentak mendengar nya. Kalau pembawa berita itu, si ali atau si Buyung,  maka kita kena waspada sedikit.

Ya Allah, lindungilah kami dari orang2 fasik.

Advertisements

One thought on “PAS, Fasik, dan kesahihan berita

  1. Beberapa bahlul2 PAS akan memberi bermacam jenis alasan sepertimana kali pertama isu RM2.6 dalam akaun peribadi Najib didedahkan. Dan sebagai grand finale, Presiden PAS akan keluar kenyataan biarpun SR dedahkan bukti dia akan kata-kertas tak boleh bercakap,SR kena bawa 4 orang saksi.

    Tapi yang peliknya(sebenarnya tak pelik pun),dalam isu penyelewengan 1MDB,Najib, Shahrol Azral, Arul Kandasamy, Jho Low, Tarek Obaid, Qadem al Qubaisi, Badawi Huseni semuanya boleh bercakap dan tak bisu,kenapa Hadi Awang tidak mahu bertanya terus kepada mereka atau Lembaga Pengarah 1MDB?

    Mereka yang mempermainkan agama demi kepentingan politik dan berganding bahu bersama perompak wang rakyat miskin lebih hina daripada perompak itu sendiri.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s