Islam kita hari ini.

Orang Melayu yang beragama Islam jangan taqlid atau mengikut babi buta apa yang ustaz2 kita cakap. Kebanyakan mereka hari ini menjaja agama diserata tempat. Kebanyakan mereka tahu sedikit sebanyak mengenai syariat Islam, tapi tidak ada makrifat Islam.

Jangan menebus kekurangan lampau dengan manyalahkan masyarakat dan mengganasi mereka.

Tanpa disedari Islam itu telah jatuh beberapa martabat, menyamai tahap kebodohan dan keterbatasan pengalaman dan ilmu ustaz itu sendiri.

ramai antara kita tahu cerita Nabi Musa dan Nabi Khidir. Penghukuman memerlukan hukum syariat dan hukum makrifat.

Akibat nya, bukan nya Islam itu yang menyekat kejayaan umatnya, tapi sikap dan kebodohan ulamak2 nya yang berpolitik menggunakan Islam. Tidak usahlah kita membicarakan mengenai perjuangan Islam diperingkat antara bangsa, keadaan dan sikap ‘pejuang2’ Islam dalam negara sudah cukup menyekat kemajuan umat Islam dinegara ini.

Dunia Islam haru biru hari ini, kerana ustaz2 yang mengejar agenda Islam ada ilmu ( dan ada sedikit pula) syariat tapi tidak ada lansung ilmu makrifat. Sedangkan guru yang accomplished akan memoderasi syariat itu dengan makrifat. Barulah dengan demikian, nampak Islam itu sebagai compassionate , yang lemah lembut. Barulah nampak Islam itu agama keamanan.

Akibat disebalik obsessi mengenakan hukum hakam keatas orang lain, tapi tidak mempunyai kemampuan memoderasi Islam yang legalistic, menyebabkan Islam itu dilihat sebagai agama yang tidak toleran. Sedangkan yang tidak toleren ialah ustaz2 yang tidak matang yang ada sedikit sebanyak latihan syariat. . Apatah lagi jika pengetahuan mereka separuh masak.

Zaman dahulu, tok nenek kita kuat juga Islam- guru agama Islam ramai, tapi tidaklah mereka berkeliaran mahu memenggal kepala orang awam- atau memaksa mereka menerima syariat Islam dengan kekerasan.

Haji Yusuf bin Ahmad aka Tok Kenali tidak menganjur ustaz penggal kepala orang lain. Tok Guru Wan Ahmad Zain al fatani pun tak anjur kekerasan dan keganasan untuk menegakkan Islam.

Tidak ada lasykar yang berkeliaran memasukkan botol kedalam seluar hendak tentukan seluar ketat atau longgar. Tidak ada lasykar yan mengintai apa umat Islam buat. Tidak ada orang menghukum lelaki yang pakai seluar pendek.

Tidak ada orang melantik mereka menjadi penjaga kerohanian masyarakat.

Hari ini, ramai orang bersembunyi disebalik syariat Islam untuk memajukan agenda yang akan berlawanan dengan Islam.

Tidakkah orang Islam di Malaysia merasakan bahawa sesetengah kumpulan menggunakan Islam sebagai alat kawalan untuk mengontrol orang lain?

Ramai dari ustaz tidak habis pengajian pun. Mereka tinggal dinegara arab bertahun tahun lama nya, tidak lulus lulus. Perkara ini tidak mengherankan jika kita menyedari bahawa, secara umum, yang masuk kesekolah agama ialah mereka yang tidak mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.

Bahkan pada pihak kebenaran nya, ada anak2 yang bermasaalah disiplin dihantar oleh ibu bapa ke madrasah dan maahad supaya dapat dilenturkan.

Yang bengap inilah kemudian nya, kembali ke pangkuan masyarakat meng’ustaz’kan kita.

Tapi saya inginlah menambah dengan segera, keadaan seperti ini tidak lah selama nya demikian. Hari ini, ada jua ibu bapa malah pelajar sendiri yang cerdik2 memilih untuk masuk sekolah agama. Tapi golongan ini adalah golongan minority.

Balik kesini jadi bomoh Islam dan mendapat pengaruh sedikit sebanyak dikalangan masyarakat Islam yang jahil dan yang sesak mendapatkan bantuan kerohanian. Ada yang jual kismis, ada jual ubatan dan tangkal azimat dan air penawar. Perkara2 ini hanya membantu usaha yang mesti dilakukan. Kalau makan kismis tapi tidak mahu membaca, akan gagal juga.

Apa sudah jadi dengan  Islam kita?

Seharian mereka cakap pahala dan dosa, hukum hakam, halal dan haram, soal wanita dan beristeri ramai, bagaimana jimak, bagaimana menguatkan zakar dan bahagian tubuh wanita yang mana yang hendak dilayani supaya membangkit birahi.

Tidak ada seorang ustaz pun cakap mengenai rasuah, pecah amanah, kemiskinan orang Melayu, kemunduran orang Islam, hal2 ekonomi, politik dunia, tataurus negara yang baik, cara berkerajaan. Bila kita tanya, mereka akan jawab- ana tidak tahu hal ini.

Jika begitu, apa yang kamu buat berada dalam masyarakat? Adakah memadai untuk maslahah masyarakat, kamu tahu nahu bahasa arab sedikit sebanyak, hafal hadis, hafal al Quran, memberi nasihat kepada simati bagaimana berjawab dengan munkar dan nakir.

Nyatalah  itu semua bahagian kecil dari gambar Islam yang lebih besar yang kamu tidak tahu.

Baik jangan hidup bermasyarakat jika kerja para ustaz menyekat itu dan ini, membelasah orang yang tidak ikut cakap dan bersetuju dengan kamu, menjel orang yang tidak sembahyang jumaat dan sebagainya. Jel budak2 perempan Melayu yang menghadiri konsert k- pop dan sebagainya.

Suatu ketika dahulu, suatu konsert oleh Selina Gomez mencetuskan gempar dikalangan ustaz2. Mereka mendesak supaya konsert Selina Gomez dibatalkan- sedangkan penyelesaian yang mudah sekali ialah mengeluarkan nasihat supaya orang Islam jangan pergi ke konsert tersebut. Jika pergi, maka senaraikan kesalahan disisi agama.

Perkara konsert pak lebai hendak sibuk. Rasuah dan pencurian wang mereka diam.

Beberapa hari yang lalu, heboh pengharaman keatas suatu produk kecantikan kerana ada gambar wanita yang tidak memakai tudung. Penyelesaian yang mudah ialah menasihatkan orang Islam jangan beli.

Penyelesaian yang lagi baik ialah menggalakkan pengusaha Islam mengeluarkan produk mesra syariah yang setara atau lebih baik, untuk dijual kepada orang Islam.

Kadang2 perintah dan pendapat yang dikuatkuasakan sebagai undang2, memperlihatkan kebodohan para ustaz yang berlagak hendak mentadbir negeri. Suatu banner yang menunjukkan Bruce lee tidak berbaju hingga kepusat, diperintah suruh tukar dengan memakaikan ‘baju’ kepada gambar Bruce Lee supaya tunjuk menutup aurat.

Saya rasa , seperti orang inggeris bilang- penny wise , pound foolish. Yang tetek bengek disibukkan menakala yang lebih besar, di lupakan.

Apa ada dalam kepala ustza2 kita?

Beri kita nasihat. Kita orang Islam akan dengar dan memilih dan menurut yang sebaik baik nya. Kita orang Islam bukan kerbau yang diikat hidung dengan tali. Kita ada otak boleh berfikir. Islam tidak hendak umat nya dipandu seperti kuda dengan tali kepala. Lihat al Quran 39: 18.

Orang Islam kalau hendak jadi kuat dan maju, hanya perlu menjadi lebih baik dari orang bukan Islam; jadi sepandai atau lebih pandai, serajin atau lebih rajin, bukan dengan membelantan dan membelasah orang bukan Islam.

Masyarakat kita Islam sebenarnya jadi mundur kerana kebebalan para ustaz yang melihat semua benda salah, tapi tidak mahu mengatasi kesalahan tersebut dengan menghasilkan yang lebih baik.

Masaalah kita hari ini ialah kita di pasung oleh pemikiran sempit dan bebal para ustaz yang hanya tahu mengenai fekah dan hukum hakam.

Ustaz saya yang saya anggap lebih pandai dari ustza2 dalam PAS kata- daripada 6666 ayat dalam Al Quran hnaya 260 sahaja yang bersabit dengan fiqh atau fekah. Ertinya, masyarakat Islam sebenarnya, bukanlah suatu masyarakat yang legalistic yang melihat semua urusan dunia dari sudut hukam hakam.

Ertinya juga, jangan kita obsess kepada yang kecil bahagian nya dan melupakan bahagian yang lebih besar.

Advertisements

3 thoughts on “Islam kita hari ini.

  1. CENDEKIAWAN MELAYU PENYULUH EMANSIPASI Oleh AZHAR IBRAHIM : SIRD – 2014: m/s 258: Rm 33 di MPH

    BAB VI : MENGENALI IMAN KITA: MENELUSURI KONFLIK TRADISIONALISME — REFORMISME AGAMA DALAM IMAMSEBUAH TANGGAPAN DARIPADA ABDULLAH HUSSAIN

    [ Sementara ulama-ulama mengajarkan kepada kita faedah dan pahala membaca al-Quran al-Karim, murid-murid mengaji yang merdu suaranya diberi hadiah dan dipuji tetapi orang-orang yang menjalankan perintah Quran itu sebetulnya, memperjuangkan keadilan dan persamaan di muka bumi ini, dikutuki dan dimarahi oleh ulama-ulama sebab tidak fasih lidahnya membaca suratan Quran. Seolah-olah suratan itulah yang lebih penting dan utama dari isinya. Keris Mas, 1948 ]

    [Bab ini membincangkan novel Iman, sebuah novel hasil karya Abdullah Hussain yang merakamkan pertentangan tradisionalisma agama yang konservatif terhadap idea reformisme agama. . . . Apakah signifikannya persoalan yang diangkat ini? Bagaimana penulis menanggapi isu ini dan adakah sisi yang beliau ambil ini sebenarnya menggambarkan sentimen yang lebih besar? . . . . apakah sumbangan para inteligensia Melayu seperti Abdullah Hussain dalam menggerakkan pencerahan idea dan kefahaman tentang agama di kalangan masyarakat Melayu? Bolehkah novel ini dianggap sebagai satu usaha untuk menyuntik idea reformisme agama itu sendiri? Dalam kesarjanaan sastera dan pemikiran Melayu, beberapa peneliti telah merungkai kecermatan penulis Melayu menanggapi persoalan modernisasi, pembangunan, kapitalisme dan sebagainya. Kesimpulan umum mereka menunjukkan bahawa pemahaman atau ketidakfahaman mereka tentang segi-segi pembangunan telah membuat mereka menyimpulkan beberapa unsur pemikiran yang regresif, konservatif, malah cenderung kepada tafsiran yang bersifat parokial dan chauvinis. . . . Golongan tradisionalisme melihat diri mereka sebagai banteng yang mempertahankan suatu nilai yang luhur, sejati dan murni dan menganggap golongan pembaharu/reformis sebagai mereka yang tersasar sehingga sanggup menggunakan agama yang ditafsirkan sewenang-wenangnya untuk kepentingan mereka. . . . Tradisionalisme agama adalah satu orientasi atau gaya pemikiran dalam kehidupan beragama. Karl Mannheim mentakrifkan sebagai, ‘kecenderungan untuk berpegang kepada sesuat yang lapuk, cara hidup yang lama,’ dan ‘kecenderungan untuk berpaut pada yang silam dan takut kepada inovasi.’ Robert Towler pula mentakrifkannya sebagai ‘menyangjung tradisi yang telah diwarisi . . .dengan hasrat memperakui setiap segala yang dianggap sebagai baik, ataupun berkeras mempertahannya apabila ia tercabar.’ Tambahan lagi ianya memperlihatkan antara lain, ciri-ciri berikut: (a) keyakinan mutlak tanpa persoalan atau keraguan; (b) rasa selesa disebabkan dogma yang dipegang itu dirasakan stabil; (c) menetang perubahan dalam masyarakat dan mahukan idealisme mereka diterapkan dalam masyarakat; (d) mengelakkan atau mengenepikan segala soalan dan keraguan yang timbul, dengan segalanya ada di tangan para alim ulama yang memegang kunci pengetahuan agama. . . . Tradisionlisme amat menyanjung dan memuja tradisi silam (tentunya secara selektif) seolah-olah semuanya tercipta dengan sempurna dan suci. Norma dan perilaku yang diperturunkan dianggap sebagai symbol keluhuran yang paling sempurna, dan meneladaninya adalah satu kebaikan. . . Rintihan mereka tentang kerosakan akidah dan iman masyarakat Islam sering kita dengar, beserta amaran bahawa Tuhan akan memberi balasan ke atas mereka yang mungkar. Apa yang telah termaktub dalam tradisi itu dianggap sebagai kesempurnaan yang tiada tolak-bandingnya. Pemikiran yang buta sejarah inilah yang melahirkan pemikiran Islam yang kacau dan buntu di zaman kontemporari ini. Pada mereka, menyimpang daripada tradisi yang telah diformulasasikan oleh para alim ulama dahulu kala (yang tawaduk, luhur dan tidak mungkin akan tersilap) adalah penyimpangan dari agama, malah ada kala terus dicap sebagai kafir. Dalam lain perkataan, penyimpangan inilah yang menjadikan masyarakat Islam tercebur dalam kekeliruan dan kekosongan. Tentu saju jalan keluarnya ialah kembali ke pangkalnya. Cabaran hari ini langsung tidak diambil kira. Jika adapun diperlekehkan mereka. . . . Tiada idea baharu dan segar yang menerobos masuk untuk mempersoal dan menghalusi apa yang sedia ada. Sebaliknya, pengulangan dan tafsir atas tafsir yang terdahulu dibuat, manakala etos hubungan guru dan murid dalam bentuk yang sangat hieraki dan authoritarian. Pengajian keagamaan mereka banyak bersifat ingatan dan hafalan, bukan menggali secara kreatif dan kritis untuk melahirkan perspektif baharu berdasarkan konteks keperluan masa. Tradisionalisme telah menjadi darah daging, sehinggakan tidak pernah ia dipermasalahkan, malah teguh dipertahankan. Inilah yang menyebabkan ramifikasi kepada kehidupan hari ini. . . . Mekanisma dan semangat reformisme pula usahlah dianggap sebagai dakyah luar ataupun sebagai sesuatu yang janggal dalam sejarah Islam itu sendiri. Malah ia adalah sebaliknya sebagaimana yang diingatkan oleh seorang penulis:

    . . . bahwa sudah merupakan sunatullah setiap abad akan melahirkan tantangan yang berbeda sehingga memerlukan jawaban yang berbeda pula. Yang pasti Islam tidak bisa mundur ke belakang. Kita harus menghargai ijtihad ulama-ulama silam, sementara kita sendiri juga dituntut untuk menyumbangkan pemikiran-pemikiran dalam menghadapi zaman moden ini dengan tetap pedoman pada ajaran pokok Islam. Atas dasar pokok pengertian tersebut dapatlah dimengerti bahwa pembaruan pemikiran (modernisme) dalam Islam dimaksud bukanlah berarti merubah fundamental value atau nilau dasar ajaran Islam itu sendiri tetapi bahkan menggali dan menangkap kembali nilai-nilai dasar itu sebagai sumber dinamikasehingga mampu berperan untuk menstimulir segala gerak dan langkah dengan tujuan dan pegangan yang jelas dalam menghadapi setiap tantangan zaman. Adanya modernisme pada hakekatnya adalah untuk mengembalikan yang sebenarnya dari pembaruan pemikiran dalam Islam . . . . Reformisme boleh bermula dengan memikirulang tafsir teks-teks agama, meneliti dan mengulang kaji. Tapi reformisme tidak bermula dan berakhir dengan teks, melainkan dengan keprihatinan dan ketekunan dalam menangani perihal konteks. Ajuan reformisme boleh kita dapati dalam beberapa ruang lingkup pemikiran Muslim. Antara dua perkara yang sering diajukan kelompok reformisme ialah menilai kembali dan mengkaji semula perundangan Islam. Perkara kedua yang sering mendapat perhatian reformisme adalah system pendidikan Islam yang digunapakai di madrasah dan pondok-pondok hingga ke hari ini. . . .]

    Emphases in bold are mine.

    Buku ini Must Buy

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s