the rise of the religious fascists- kemaraan agamawan fasis!

Rakyat Malaysia hari ini berdepan dengan dua kedajjalan; pertama pemerintah secular yang rasuah dan tidak adil. Kedua, politisyen yang bertopengkan agama yang menyekat demokrasi kepada rakyat.

Kedua2 nya pemonopoli. Golongan pertama memonopoli minda dan sumber2 fisikal penampung hidup. Golongan kedua, memonopoli kehidupan spiritual, mengekang tarbiyah atau cultivation rohaniah yang sebenar.

Untuk kehidupan duniawi, kita bergantung dan mengikat diri kita kepada golongan pertama. Untuk kehidupan spiritual, kita mengikat diri kita kepada politisyen yang bertopengkan agama.

Zaman Najib ada BR1M- zaman Pak Lah dan Mahathir tidak ada. Malah zaman PM2 yang terdahulu, tidak ada. Zaman Hadi, boleh dapat paspot pergi syurga dan sijil keIslaman.Boleh makan kismis dapat keputusan terbaik, pakai tangkal dan minum air jampi.

Kedua dua golongan cari makan dan hidup atas kedhaifan dan kejahilan rakyat. Kekalkan rakyat miskin dan kekalkan mereka jahil.

Rakyat kena membebaskan  diri dari dua2 cengkaman dan pemasungan ini. Musuh kita ialah pemerintah yang rasuah yang berseketiduran dengan politisyen yang mengkudakan agama.

Golongan pertama mengekalkan majority rakyat terutama orang Melayu dalam kemiskinan dan kemunduran. Golongan kedua, mengekalkan orang Melayu dalam kebekuan spiritual.

Orang miskin akan percaya Amerika mahu serang dan bunuh melayu. Orang jahil akan mengharamkan iklan kerana model dalam iklan tidak memakai tudung. Tenaga rakyat terbuang menangani isu2 remeh.

Mengapakah agaknya, golongan ustaz yang dianggap sebagai ulama menyokong kerajaan yang rasuah dan zalim? Mengapakah mereka tidak memainkan peranan sebagai warisatul anbiya yang sebenar iaitu yang sentiasa menjadi penegak keadilan?

Mungkinkah, dan ini mungkin juga benar, bahawa mereka lebih suka mengisi poket mereka dan berkawan dengan mereka yang berkedudukan tinggi dan berkuasa?

Apa beza pas semasa Nik Aziz dan PAS zaman Haji Hadi? Nik Aziz toleran dan sebab toleransi itu, orang bukan Islam menghormati Islam. Pas tidak menunjukkan diri nya sebagai self-righteous- pemegang monopoli keatas kebaikan manakala orang lain semua orang gua.

Zaman Haji Hadi, pas tidak lagi toleren malah menyombong diri. Pemimpin mereka golongan elit yang bermimpi berjumpa Rasulullah dan yang demikian, terasing dari pengikut biasa. Orang lain tidak sesuci mereka. Maqam mereka tinggi.

Dan pas pula menojolkan diri senya sebagai self-righteous- diri mereka suci, orang lain najis.

Ini masaalah pas hari ini.

Pengikut biasa orang2 taqwa yang takut hukuman Allah jika berbuat dosa dan salah. Mereka menyerah bulat kepercayaan dan amanah kepada pemimpin atasan. Masaalah nya, pemimpin atasan yang menodai amanah yang diberikan. Penyokong pas menjadi penyokong cultish– haji hadi dan ustaz2 cerminan Haji Hadi adalah cult leaders.

Orang kampong, orang2 pencen yang insaf diri dan berkopiah 24 jam, peniaga pasar malam yang bersembahyang membentang kertas surat khabar atas rumput. Mereka ini orang2 baik2 tapi pemimpin elit PAS tidak mengendahkan mereka. Nilai  mereka ialah sebagai soldadu melancarkan agenda peribadi golongan elit agama.

Pemimpin PAS adalah czar manakala pengikut adalah lumpen-proletariat.

Maqam yang demikian telah membolehkan para pemimpin pas mengeluarkan pendapat2 yang bizarre.

Dari sudut ilmu agama, ustaz2 ini terbukti handal. Tapi pandangan politik yang diberi, biasa biasa sahaja. Bacalah mana2 penghujjahan dari pemimpin pas seperti Haji Hadi, Harun din, tuan Ibrahim tuan man- semua nya biasa dan tidak luar biasa. Ertinya, handal dalam ilmu agama tidak tersedia diterjemahkan kedalam kehandalan ilmu bukan agama.

Apatah lagi Haji Hadi sendiri setelah sembuh dari sakit di Turki mengeluarkan kenyataan2 yang bingung. Contoh: DAP penyokong TPPA sedangkan DAP lah kuat sekali menentang TPPA. DAP menyokong GST- sedangkan pemimpin DAP konsisten menentang GST.

Tidak ada seorang pemimpin pas pun yang membahas dan mengupas mengenai GST. Seorang dua yang mungkin mengupas GST sudah jadi parti Amanah. Yang terlatih dalam pengajian agama, tidak tahu subjek ini.

Dari mana Haji Hadi dapat maklumat? Dari badan intelligence mana? Adakah UMNO telah menyalurkan maklumat kepada PAS? Kita semua tahu ahli MKT UMNO mempunyai grup whatsapp mereka sendiri dan termasuk dalam senarai rakan ialah pegawai tinggi kerajaan seperti KPN dan sebagainya. Pihak polis yang membantu UMNO mungkin menyalurkan maklumat bertaraf maklumat BTN kepada Haji Hadi dan Haji Hadi tanpa periksa, mengkakak-tuakan maklumat tersebut.

Haji Hadi dan para pemimpin PAS bukan ada ilmu ladunni. Tidak cerdik rupanya pemimpin2 PAS.

Akibat nya, bukan sahaja pemimpn PAS tidak dimuliakan, malah Islam turut tercedera. Penyebab kecenderaan terhadap Islam ialah keaangkuhan dan kesombongan pemimpin PAS.

Bagaimana bermimpi berjumpa Nabi Muhamad oleh  sesiapa lah dalam PAS dapat membangunkan masyarakat? Adakah ianya memberi nilai tambah kepada umat Islam di Malaysia? Saya percaya ramai ustaz dan orang alim dalam negara Islam yang lain juga bermimpi bertemu Rasulullah, tapi negara mereka tetap mundur, miskin dan kolot.

Selain dari memberi darjat kealiman dan kurnia Allah kepada mereka, mimpi mereka tidak membangunkan masyarakat Islam. Itu memerlukan kerja dan usaha keras, ilmu, aplikasi ilmu, sistem berkerajaan yang demokratik, memuliakan dan melaksanakan pinsip2 mulia.

Kemajuan memerlukan usaha dan manusia itu mendapat setakat apa yang mereka usahakan.

Ianya tidak ada kaitan lansung kecuali memberi keuntungan spiritual kepada yang empunya badan. Dapatlah mereka mengkagumkan pengikut2 yang taqwa. Kepada masyarakat, ianya tidak bererti apa2.

Sebab itu, cendekiawan dan ulamak Islam semasa dahulu, tidak menggalakkan orang bercerita kalau mereka mimpi bertemu Rasullulah kerana takut timbul fitnah. Ia nya tidak memanfaatkan masyarakat pun. Diam lah. Jangan bongkak.

Masaalah pokok dengan pimpinan PAS hari ini, ialah mereka ingat mereka pemonopoli kebenaran. Maka jika kebenaran iti dibawa oleh orang lain, dan PAS tidak menyukai pembawaan tersebut, maka pembawa kebenaran akan ditolak oleh PAS bahkan ditolak pula dengan kekerasan.

Pas jangan lupa, sikap sombong takabbur inilah yang mengundang laknat Allah kepada mereka .

Prinsip ini, atau ratio decidendi disebut dalam ayat Al Quran. Lihat Quran 2: 87-88.

Tuhan bertanya mereka yang anggap diri mereka serba alim, patutkah setiap kali datang kepada kamu rasul yang membawa sesuatu  yang kamu tidak suka, maka kamu menyombong diri bahkan membunuh setengah dari rasul tersebut dan kamu terus menyombong diri mengatakan hati kamu telah tertutup, ertinya, sudah mencukupi apa yang sedia ada dalam bungkusan hati kami dan kamu tidak memerlukan apa2 lagi pengisian. Kamu mengundang laknat Allah.

Pengajaran: jangan kamu bongkak dan sombong ingat diri kamu sudah serba alim, ilmu kamu sudah sempurna, apa yang ada dalam hati kamu sudah mencukupi, kamu tidak perlu apa2 pertambahan. Bererti kamu meletakkan had keatas ilmu Allah dan anggap diri kamu sempurna.

Ingat- pengalaman dan ilmu kamu terbatas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s