amalan pertanggung-jawaban

Adakah Xavier Justo akan bersiul macam kenari biru?

Sesudah menyatakan pendirian kita terhadap pemimpin yang rasuah dan pemimpin yang memperkudakan agama, maka kita kembali semua kepada isiu rompakan wang secara besar besaran oleh kerajaan Najib melalui 1MDB.

Adakah sesiapa dalam negara ini yang boleh menafikan bahawa sejumlah wang yang begitu besar sudah dilesapkan? Curi, bawa lari, mendobi, ertinya satu lah juga , yakni wang rakyat sudah ducuri. Siapa curi? Mereka yang berkerja dengan 1MDB.

Hutang 1MDB melebihi RM50 billion dan USD7-8 billion tidak dapat dikesan. Kemana USD7-8 bilion atau RM 28-32 billion ini hilang? Ianya mesti masuk kedalam akaun2 orang tertentu.

Hanya kita belum jumpa.

DOJ sudah dedahkan sedikit. Selepas ini pihak berkuasa Switzerland. Xavier Justo sudah dipindahkan ke penjara Switzerland- dimana dia akan dilindungi. Dia akan bersiul macam kenari biru. Singapura dan Hong Kong akan dedah tidak lama lagi. Satu demi persatu akan dedahkan apa sekumpulan kecil Melayu telah lakukan atas nama bangsa, agama dan negara.

Seantero dunia sedang mengepung semua geng 1MDB. Mereka akan dituduh mahu ‘membunuh’ Melayu.

Semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dengan 1MDB mesti diheret ke pengadilan. Dari pegawai2 1MDB, bank negara, bank2 lain, pejabat perdana menteri, kementerian kewangan, P menteri sendiri mesti dipanggil mempertanggungjawabkan diri mereka.

Cerita mengenai pegawai2 dari Pejabat PM membeli rumah2 mewah secara tunai sedang tersibar dalam masyarakat sekarang. Mereka tidak akan terlepas lari.

Nyatalah setelah kita baca Lapuran PAC dan pendedahan yang dilakukan oleh DOJ- 1MDB ialah instrument mencuri wang. Ini kes bukan sahaja rasuah( yakni beroperasi dalam kapasiti awam/public untuk mendapat faedah peribadi) tapi ianya kes yang lebih teruk- yakni blatant theft.

Untuk peringatan- mengikut pendedahan DOJ- 1MDB menyebabkan rompakan sekurang kurang nya USD3.5 billion. Ia menjadi pengalihan wang haram atau money laundering, apabila wang yang diperolehi secara haram itu diguna untuk melabur dan membeli harta2 boleh alih dan tetap. Senarai harta dan benda2 yang dibeli dari wang rompakan iu, dinyatakan oleh phak DOJ.

Supaya kita tidak lupa juga, rompakan wang melalui 1MDB- yang berlaku di Amerika, terjadi dalam 3 fasa:

fasa pertama dimana USD1.03 billion di salurkan secara tidak sah, melanggar undang2 dan haram kedalam akauan Jho Low. Pemindahan wang ini hanya boleh diluluskan oleh PM seperti yang dinyatakan dalam perkara 117 Memorandum and Articles of Association- 1MDB.

Suatu jumlah dari Jho Low disalurkan kepada seorang anak raja Arab dan dari Arab ini, sebanyak USD20 juta disalurkan dalam akaun MO1. Kita boleh agak 99.99% MO1 ialah Perdana Menteri.

Fasa Kedua berlaku melalui Aabar BVI- syarikat palsu yang diujudkan oleh Khadem AlQubasi dan Badawy Husseini. Sebanyak USD1.4 billion lesap dan USD636 juta disalurkan kepada syarikat Blackstone . dari blackstone- USD30 juta disalurkan kedalam akaun MO1. Ratusan Dollar Amerika digunakan untuk membiayai perbelanjaan Reza Aziz.

Fasa ke3 berlaku bila USD1.26 bilion dimasuk kedalam akaun Tanore Finance. Dari Tanore Finanace, sebanyak USD681 juta dimasukkan kedalam akaun MO1. MO1 kata dia memulangkan USD620 juta kedalam akaun Tanore Finance atau sesiapa lah. Selagi kita belum jumpa bukti dokumen, pemulangan itu hanya Najib yang kata.

Tanore Finance sebahagian dari orgnanisasi yang menyedut wang dari 1MDB secara haram.

Apa2 duit yang masuk kedalam akaun MO1 adalah haram dan apa2 perbelanjaan yang berlaku dengan duit ini juga duit sumber nya haram.

Bagaimana kita menjodohkan kejahatan dan kemungkaran ini dengan maruah kita sebagai orang Melayu dan maruah kita sebagai orang Islam? Dan juga menjodohkan segala mungkar dan maksiat ini dengan maruah kita sebagai warga negara Malaysia yang menjunjung kedaulatan undang undang dan maruah kita sebagai manusia, yang tentu dapat membezakan antara jahat dan baik?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s