Bani Melayu Bani Pilihan

Malu orang Melayu bila Melayu UMNO kata Amerika hendak bunuh orang Melayu. Bila kenyataan seperti ini keluar, malu kita, kerana satu dunia sekarang tahu bahawa kebodohan orang Melayu tidak ada sempadan.

Mungkin tanggapan seperti itu memberi setengah orang perasaan yang membanggakan.

Mungkin pemimpin UMNO tahu apa yang kita tidak tahu; bahawa majoriti ahli UMNO ialah pandir kampong atau village idiots. Jika tidak, bagaimana kenyataan2 dangkal seperti ini boleh mereka terima?

Mengapa Amerika hendak bunuh orang Melayu? KM Melaka-Idris Haron kata dahulu Amerika tipu dan bunuh orang Iraq. Sekarang giliran Malaysia.

Kenapa? Adakah Malaysia ada seorang Saddam Hussein? Saddam Hussein seorang diktator.Saddam bunuh rakyat Iraq dan curi wang rakyat.

Dan orang macam Saddam Hussein ini adalah kurnia Tuhan kepada Malaysia? Tidak ada perasaan malu lansung kah bila mengeluarkan kata2 seperti ini?

Gembira Najib dengar ungkapan kata2 seperti ini. Sekarang najib benar2 tahu ahli UMNO boleh diperbodohkan. Membingkas Najib kata perjuangan UMNO ialah memelihara negara ini dari dijajah. Dia kata jangan kacau dia- dia jaga kebajikan 30 juta rakyat Malaysia.

Sebab kita pedulikan kebajikan Malaysia lah, maka kita mendedahkan hipokrasi Najib. Malaysia kena diselamatkan daripada Najib dan konco2 nya.

Pengkisahan pemimpin UMNO mengenai ‘maksiat’ dan mungkar Najib, menghina minda orang Melayu. Janganlah hina minda Melayu- jika minda orang UMNO hendak diperlakukan demikian, dipersilakan. Sementara berbuat demikian, kamu teruskanlah dengan lara/lore bahawa Melayu itu bangsa terpilih dan UMNO pula pilihan Allah untuk memerintah Malaysia.

Bangsa yang terpilih tidak berfikiran dungu dan tongong seperti ini. Mustahil Melayu tidak ada langsung kesantunan dan kesopanan intelek.

Apa yang sebenar terjadi ialah begini:- Maruah bangsa hilang. Agama hanya mainan. Intellectual decency luput. Itu yang para pemimpin UMNO lakukan. Ahli UMNO duduk berdiam diri. Keadaan mereka seperti gambaran dalam Al Quran. Sama seperti Bani Israil, bangsa Melayu menyifatkan diri mereka sebagai golongan yang terpilih.

Banyak sebab yang lebih rasional untuk menerangkan mengapa UMNO terpilih. Janganlah seret nama Allah kedalam politik kamu. Allah bukan ahli UMNO.

  • UMNO terpilih sebab orang Melayu majority dalam negara ini.
  • UMNO teripilih sebab prinsip satu-orang-satu-undi tidak dipakai.
  • UMNO terpilih sebab sempadan kawasan pilihanraya memihak kepada mereka.
  • UMNO terpilih kerana membeli pengundi.

Orang UMNO bebas melihat diri mereka macam mana pun- bangsa terpilih, parti keramat, dipimpin oleh najib yang di kirimkan Tuhan. Kita tidak ada isu dengan perlakuan membesarkan diri. Manusia mahukan self esteem.

Tapi kita mesti ada sempadan menyekat kebodohan dan sempadan yang menyekat kita membahlulkan diri kita.

Bani Israil pun melihat diri mereka demikian; Sangkaan demikian tidak menyekat Allah melaknati mereka melalui Nabi Daud dan Isa.

Sebab bani Israel ingkar- yakni menolak perintah Tuhan dan bani Israil menerima kemungkaran dan maksiat sebagai kebiasaan dan enggan bangkit menolak kemungkaran. Dan mereka tidak berani menegakkan kebenaran walaupun tahu, rakan dan sahabat melakukan maksiat dan musibah.  Lihat Quran 5:78-79.

Inilah yang berlaku kepada Bani Melayu- duduk diam tidak mahu bangkit menentang kezaliman pemerintah dan tidak mahu menyekat rakan2 mereka dari melakukan kemungkaran. Idris Harun anggap Najib kurniaan Allah untuk Bani Melayu. 1MDB bukan angkara durjana Najib.

Tapi, pemimpin UMNO bercakap hal2 demikian dihadapan perwakilan UMNO. Mendengar percakapan  yang membodohkan merupakan makanan staple atau makanan ruji perwakilan UMNO.

Kualiti pimpinan UMNO sekarang seperti penari gelek di Kota Bharu. UMNO sudah berjaya mentarbiyah/cultivate suatu jenerasi melayu yang hedonists yakni yang mengejar kehidupan berpoya dan gaya hidup golongan bangsawan yang mahu enjoy kehidupan sementara rakyat jelata berkerja untuk mereka.

Jenerasi ini hanya tahu kehidupan berpoya boya. Mereka hanya memimpikan kehidupan yang dekaden. Pemimpin2 nya hanya mahu tahu, dari mana projek berikut nya datang.

Apa yang mereka boleh cakap dan apa lagi cara perwakilan sambut pengkisahan demikian? Tentulah setuju menyetujui dan sokong menyokong.

Allah ada deskripsi yang baik untuk golongan ini. Hipokrit dan munafik.

Golongan hipokrit atau munafik memang akan sokong menyokong satu sama lain dan akan menentang dengan keras kumpulan yang enggan melanggani pemikiran mereka.Mereka menyeru kepada kemungkaran dan menyekat orang dari melakukan kebaikan dan kebenaran.

Al Quran 9: 67 ada sebut perkara ini.

Demikian lah keadaan Bani Melayu UMNO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s