Ada Hantu mahu rampas masa depan anak kita. Lindungi lah anak2 kita.

Mengapa setengah dari kita memberanikan diri untuk bercakap bagi pihak rakyat melawan kerajaan? Kita dedahkan rasuah, kita dedahkan economic grab. Kita dedahkan penyelewengan. Kita bongkar cabul kuasa.

Kepada orang UMNO, politik ialah mengenai bisness. Kontrak mana boleh sapu. bekalan apa. monopoli apa boleh minta. konsesi mana boleh bantai. Mungkin orang UMNO lupa-menjadi kerajaan ialah untuk memberi sejahtera kepada rakyat. Menjadi kerajaan bukan bererti menangkap orang sesuka hati atau sentiasa diasak oleh pemerintah. Mungkin orang UMNO sudah lupa bahawa menjadi kerajaan juga melibatkan pendaulatan undang2 dan memelihara rukun berkerajaan. Kerajaan bukan mendera rakyat bahkan menyediakan institusi dan peraturan2 yang melindungi rakyat dari kebuasan pemerintah.

Dan maksiat serta kemungkaran dilakukan oleh Najib dan kereajaan nya amat banyak sekali. Skendal kewangan dan rasuah 1MDB- dimana lebih RM50 bilion dibelanja dan USD7-8 billion( RM28-32bilion) tidak dapat dikesan. Kita risau dengan pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji yang mengayakan kumpulan tertentu; skendal  NFC yang melembukan kita semua;  pelaburan KWAP yang kita tidak tahu apa jadi nya.

Wang RM1.52 bilion dari EPF yang membiayai  Panglima Power serta bisnes penjanaan kuasa dan RM200juta langganan sukuk. Apa jadi dengan RM600 juta credit line Kementerian Kewangan kepada 1MDB? 1MDB sudah bayar atau tidak? Tanah yang dibeli Tabung Haji dengan harga RM189 juta yang tidak dijual jual lagi? Langganan sukuk oleh Tabung Haji keatas tanah Bandar Malaysia sebanyak RM921 juta. Wang dari KWAP sebanyak RM1.4 billion apa jadi?

rakyat mesti control sistem yang mencegah mereka yang diberi kuasa mencabul kedudukan mereka. Kita berhak merasa cemas dengan pengurusan wang- sebab itu wang rakyat yang di amanahkan kepada pemerintah buat masa ini. Tugas kita ialah memantau penggunaan wang rakyat.

Bila melakukan itu semua, kita melalui kesusahan, ancaman, ugutan dan pelbagai tekanan. Kita ambil risiko ini. Bagi setengah orang, bukan sahaja diri mereka ditekan, anggota keluarga pun turut dianiayai.Tokoh2 seperti Tony Pua, Rafizi dan ramai lagi turun naik mahkamah kerana  menyuarai isu2 yang legitimate.

Kenapa kita lakukan ini semua?

Sebab kita lakukan ini semua ialah untuk menyediakan masa depan untuk anak2 dan cucu kita.

Kita hendak mereka hidup dibawah kerajaan yang memberi perkhidmatan. Jalan2, perumahan, kesejahteraan lingkungan hidup, pelajaran, perkerjaan, keselamatan. Perubatan, pengangkutan, dan sebagainya. Dan kita mahukan system politik dimana rakyat boleh kawal politisyen dari melakukan agenda peribadi dan menegah mereka ambil kesempatan menggunakan kuasa untuk rasuah.

Tapi masa depan itu hendak dirampas oleh orang lain. Hari ini, orang yang merampas masa depan untuk anak dan cucu kita ialah Najib dan UMNO. Apa hak Najib rampas masa depan anak dan cucu kita? anak2 dan cucu dia nanti senang lenang.

Kita ada hak menentang dan marah terhadap perbuatan ini.  Itulah sebab utama dan terutama mengapa kita mesti mengenyahkan Najib dari jadi pemerintah.

Bila Najib kata kita mesti mempertahankan negara dari penjajahan baru , apa erti teriakan itu? Bila Idris haron kata Amerika mahu bunuh Melayu dan Najib kurniaan Tuhan kepada Malaysia, apa erti pekikan itu? Apabila orang seperti Jamal Yunus dan Ali Tinju mahu menggembelingkan baju merah dan kumpulan Aku Melayu- apa erti perlakuan mereka? Dan bila ustaz2 pas memberi amaran dosa dan tidak Islamik perbuatan rakyat, apa erti perlakuan mereka?

Ertinya mereka semua membuli dan mengugut rakyat. Ertinya juga institusi2 pelindung rakyat dari kebuasan pemerintah- termasuk peraturan2 yang meregulasi hubungan antara pemerintah dengan rakyat, semua hampir runtuh.

Yang memperkosa dan menjahanam kan institusi dan rukun berkerajaan ialah Najib!

Maka orang seperti Najib dan Idris Haron boleh mencabul kuasa dan salah guna kuasa membuli minda rakyat. Orang2 seperti Jamal Yunus dan Ali Tinju boleh menyalahguna organsiasi untuk mengancam orang lain.

pada masa  yang sama, institusi2 yang mengimplementasi peraturan2 ini berkerja untuk sebelah pihak. Pihak polis segera bertindak keatas ‘ancaman ‘terhadap Najib dan UMNO. Institusi kehakiman kelihatan takut melindungi rakyat dari pencabulan kuasa pemerintah. Institusi media nasional menjadi alat proganda.

Kita ada kombinasi dua faktor yang menyebabkan masa depan kita terancam- individu2 seperti najib yang cenderung kepada kediktatoran dan institusi serta peraturan2 kemasyarakatan yang tunduk kepada kemahuan indvidu2.

Bilakah pemimpin UMNO akan berhenti menipu bangsa Melayu? Amerika mahu membunuh orang Melayu? Penjajahan baru? Bukankah Najib bermain golf dengan saudara Barak Obama? Bila kah pemimpin UMNO berhenti berkata Najib kurniaan Allah kepada Malaysia?

Jawab nya- Najib dan UMNO akan menipu Melayu sehingga tidak ada Melayu yang hendak ditipu lagi. Bangsa lain terutama Cina telah lama meninggalkan UMNO dan BN. Orang Cina, kaya atau miskin jangan mengharapkan keadilan dari kerajaan UMNO. Jika Melayu sendiri tdak boleh harapkan keadilan dari kerajaan UMNO, bangsa lain boleh?

Masyarakat kita jadi masyarakat perasuah. Kenapa jadi demikian? sebab orang nombor satu sudah rasuah -maka bagaimana kita membenteras rasuah oleh orang bawahan? Itu sebabnya kita mesti tolak Najib dan UMNO.

sebagaimana Najib membeli jalan keluar daripada apa jua masaalah, orang Cina, terutama yang kaya, juga membeli jalan keuar dari orang Melayu. Sebab mereka tahu orang Melayu sangat corruptible. Pegawai2 kerajaan dari pemerintahan melayu baru2 ini ditahan SPRM kerana rasuah dan mempunyai RM13 million dalam simpanan. Wang itu besar kemungkinan diperolehi daru perbuatan rasuah.

Itu hanya permukaan sahaja. Segala sendi pemerintahan Melayu- ada rasuah.

Siapa yang menyebabkan keadaan begini? Najib dan kerajaan nya. Berhentilah menyalahkan orang lain. Musibah 1MDB bukan angkara Mahathir.

3 thoughts on “Ada Hantu mahu rampas masa depan anak kita. Lindungi lah anak2 kita.

  1. Dalam Kata Pengantar buku Tun Razak Putera Titiwangsa (1999) oleh Shariff Ahmad, A.Samad Said menulis:
    “… Mengenal Tan Sri Shariff Ahmad lebih empat dekad ini, saya kira, buku ini tidak ditulis sekadar merakam hal-hal yang biasa. Dari seorang wartawan berpindah kepada dunia politik, yang disertainya secara tidak sengaja, dia menyaksikan beberapa keganjilan dalam kerenah hidup. Dan semakin sehari, dia merasakan bahawa langgam dan semangat lama yang amat dihargai dan disayanginya itu semakin dilupai orang.
    Menurut kata-katanya sendiri: ‘Sudah tidak dapat dijumpai lagi orang yang berjuang tanpa mengharapkan apa-apa. Dekad lalu masih menyediakan pemimpin yang sedia berkorban tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dekad ini, keistimewaan seperti itu sudah menjadi khayalan.’
    . . . . Tidak diberitahu secara langsung, tetapi, dalam peristiwa yang sekali-sekala dan di sana sini berkias, Tan Sri Shariff Ahmad ingin mengatakan bahawa janganlah kita kehilangan semangat pengorbanan lama itu. Di hadapannya sendiri Tun Abdul Razak adalah satu lambang perjuangan bangsa Melayu yang barangkali terlalu sukar diganti….Di samping mendekati Tun Abdul Razak dan era lalunya, barangkali kita tidak akan kecewa untuk menemui semangat yang terpancar daripada tokoh yang diceritakan ini…”

    Akhir sekali daripada pemikir sosial, ahli ekonomi dan ahli falsafah politik, Thomas Sowell: “It is hard to imagine a more stupid or more dangerous way of making decisions than by putting decisions in the hands of people who pay no price for being wrong.”

    Penerbit buku tersebut di atas ialah Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    Like

  2. petikan dari thestar
    Boon Siew’s legacy lives on.

    By the early 1990s, this China-born immigrant who came with nothing but his bare hands had already accumulated vast stretches of land in Penang and close to 50% of Langkawi, in addition to the famous Honda motor sales business, plastics making, assembly of motor vehicles, motor parts manufacturing, plantation, hotel and resorts, as well as property development.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s