orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?

Bila Idris Haron, KM Melaka yang jelas tidak begitu cerdik, kata Amerika hendak bunuh orang Melayu- kita bukan peduli perkara itu. Kalau Amerika hendak bunuh orang Melayu- istihar  perang lah.

Hantar tentera, askar dan soldadu kita yang dipimpin oleh PAT yang gendut dan bersambungan kontrak itu ke Amerika. Serang Amerika dengan pesawat kita. MIG, Sukhoi dan lain2. Serang Amerika dengan kapal selam. Bot laju. Frigate kita.

Cerdik mana sangatlah Idris Haron sehingga tidak boleh diajar? Inilah yang dikatakan peribahasa Melayu, sudahlah bodoh, sombong pula.

Bila Najib kata dia tidak akan undur biar pun halilintar membelah bumi, kita peduli apa.

  • Kita hanya mahukan dia pulang USD1.83 billion yang hilang dari 1MDB.
  • Kita mahu dia pulangkan USD1.4 billion yang disalurkan kepada Aabar BVI.
  • Kita mahu dia pulangkan USD 1.2 billion yang disalurkan kepada Tanore Finance. Itu duit 1MDB.
  • beritahu rakyat, USD3.5 billion bayaran kepada Aabar ,  boleh dikembalikan.

Kita peduli apa dia tidak undur atau tidak. Cakaplah apa yang dia hendak cakap. Lagi pun cakap depan perwakilan UMNO. Tapi pulangkan semua duit tersebut.

Halilintar atau tidak, yang kita peduli ialah mengapa Najib terima USD681 juta masuk kedalam akaun nya dan pulangkan USD620 juta kepada Tanore Finance? Duit itu 1MDB punya!

Jadi sebelum kamu jerit terpekik terlolong dan air liur meleleh tepi mulut, mengenai tidak berganjak lah, penjajahan baru lah, tidak mahu tunduk lah kepada Mahathir dan banyak cerita nenek kebayan yang lain, pulangkan duit 1MDB dahulu.

Haji hadi dan ustaz2 lain dalam pas boleh bersyarah dari pagi hingga pagi esok nya, sampai urat leher jadi biru, lembu, kerbau, kambing dan itik serta ayam pulang petang- kita don’t give a damn really. Kita hanya mahu wang yang dsionglap dipulangkan. Persetankan syarahan dan tazkirah kamu mengenai dosa, halal haram, morality dan sebagainya.

Just give us back the damn money.

Jangan hendak alih pandangan rakyat. Kenapa Najib terima USD20 juta dari putera Arab? Jika derma kenapa tidak beritahu kerajaan? Jika Najib penjual air batu tepi jalan, mahukah putera Arab derma kepada nya?

Kerana dia pegang jawatan awam lah maka, putera Arab derma. Jawatan awam/public itu ialah jawatan PM. Menerima imbuhan atau faedah peribadi atas sebab ada jawatan awam ialah rasuah. Faham? Rasuah.

Kenapa Najib ambil USD30 juta dari blackstone bin Aabar BVI? Adakah Blackstone bin Aabar BVI bin 1MDB mahu beri Najib jika Najib seorang penjual keropok lekor di Losong? Sekali lagi, jika dia dapat faedah peribadi disebabkan jawatan awam nya, maka itu nama nya rasuah. Faham? RASUAH.

Kenapa Najib ambil USD61juta dari Tanore dan pulangkan USD620juta? Dan dalam proses tersebut,Najib mencipta suatu jenis kewangan Islam baru yang dipanggil Najibah.

Jangan berkhutbah kepada kita mengenai penjajahan baru, Amerika hendak bunuh Melayu, tidak mahu tunduk kepada Mahathir atau cakap besar tidak mahu berundur walaupun halilintar membelah bumi.

Semua dunia tahu, Najib disergah dek ketua kampong pun sudah  takut.

Tidak ada perkara yang paling bodoh dari memberi amanah kepada orang yang pecah amanah dan pelakunya tidak dipertanggung-jawabkan kerana berpecah amanah.

Tidak ada kah suatu pun nilai pembetulan dalam budaya Melayu?

3 thoughts on “orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?

  1. Setuju dengan luahan tuan. Semoga Allah makbulkan doa dalam solat hajat kita yang mencari keadilan dan kebenaran demi generasi akan datang

    Like

  2. Daripada: Buletin Rakyat Bil 256 – 1 September 2016 / 29 Zulkaedah 1437: AKHIRNYA . . . Rakyat Juga Yang Terbeban oleh [AKU ANAK MELAYU</b] Kamal Amir m/s 26

    [ “. . . . Khabarnya, kerajaan hanya menjangkakan bajet atau belanjawan berimbang hanya mampu dibentangkan atau dilakukan oleh pihak pemerintah menjelang tahun 2020 (kalau mungkin).

    Dari dapatan yang diperolehi melalui beberapa laman internet, sejak tahun 2008, hutang Negara terus meningkat berbanding dengan jangkaan pendapatan. Sebagai contoh mari kita lihat rajah peningkatan hutang Negara di mana (P) bermaksud jangkaan pendapatan dan (H) sebagai jangkaan hasil pendapatan.
    2008 (P) 176 billion ringgit
    (H) 148 billion ringgit
    2009 (P) 207 billion ringgit
    (H) 161 billion ringgit
    2010 (P) 191 billion ringgit
    (H) 148 billion ringgit
    2011 (P) 212 billion ringgit
    (H) 165 billion ringgit
    2012 (P) 232 billion ringgit
    (H) 186 bilion ringgit
    2013 (P) 251 billion ringgit
    (H) 208 billion ringgit
    2014 (P) 264 billion ringgit
    (H) 224 billion ringgit
    2015 (P) 273 billion ringgit
    (H) 235 billion ringgit

    Selama lapan tahun jumlah perbelanjaan terus meningkat berbanding dengan jangkaan hasil pendapatan yang ternyata hingga saat ini masih sekadar berada di paras jangkaan semata-mata sedangkan jumlah sebenar perolehannya terus samar dan kabur tanpa ada laporan tepat setiap kali bajet dibengtangkan. . . . Dari laporan yang diterima, hutang negara berada dalam jajaran peningkatan amat membimbangkan kerana kenaikannya berterus dan andai sesuatu tidak dilakukan mungkin kita bakal menjadi seperti negara Ireland serta Greece untuk diisytiharkan sebagai muflis serta melumpuhkan sama sekali struktur ekonomi. Ada baiknya kita lihat peningkatan hutang Negara sebagaimana yang tercatat:
    1997 – Rm 90 billion
    1998 – Rm 103 billion
    1999 – Rm 112 billion
    2000 – Rm 125 billion
    2001 – Rm 145 billion
    2002 – Rm 164 billion
    2003 – Rm 188 billion
    2004 – Rm 216 billion
    2005 – Rm 232 billion
    2006 – Rm 247 billion
    2007 – Rm 274 billion
    2008 – Rm 317 billion
    2009 – Rm 376 billion
    2010 – Rm 405 billion
    2011 – Rm 465 billion
    2012 – Rm 501 billion
    2013 – Rm 546 billion
    2014 – Rm 677 billion
    2015 – Rm 847 billion

    Data-data tersebut adalah bersumberkan daripada International Monetary Fund @ IMF dan laporan The Economist yang berpusat di Negara Amerika.

    Apabila kita asyik berpolitik dengan menunggangi 32 buah parti politik untuk setiap masa bergebang, berborak, bercakaran serta berbalah melalui pelbagain perbezaan pendapat, sedangkan kantung negara terus kering dan susut apakah dapat kita menyakini masa depan generasi bangsa berada di landasan betul untuk terus memacu agar bumi tercinta ini sentiasa aman makmur? . . . . Sejujurnya saya merasakan semua ini terjadi adalah bertolak dari kurang prihatinnya pimpinan negara dalam merealisasikan setiap aku janji mereka di musim pilihan raya umum melalui pelbagai manifesto politik . . . .”]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s