Politik PAS yang tidak boleh dipercayai.

Pemimpin PAS semua berkata, mereka tidak akan berkerjasama dengan DAP. Serata tempat- inilah ungkapan dari pemimpin2 PAS. Parti DAP anti Melayu, anti-Raja dan anti Islam.

Tapi DAP 10 tahun dahulu, tetap  seperti DAP sekarang. Personality berubah, tapi dasar2 perjuangan tetap serupa. Berjuang untuk menubuhkan kerajaan yang demokratik, berundang undang, adil saksama untuk semua rakyat Malaysia.Senentiasa menyebelahi mereka yang kerdil, tidak berkuasa, yang ditindas dan melindungi mereka yang dibuasi.

Yang berubah ialah pendirian pemimpin PAS. Terutama setelah kematian Ustaz Nik Aziz. Sikap pemimpin PAS hari ini menunjukkan beberapa perkara.

pertama, perubahan sikap mereka sebetulnya, mendedahkan bahawa inisiaitif berkerjasama dengan DAP yang dahulu dilakukan oleh ustaz Nik Aziz adalah salah. Ini bukan sekadar kesalahan biasa, tapi sikap pemimpin PAS hari ini mendedahkan bahawa ustaz Nik Aziz melakukan kesilapan fundamental politik yang sangat asas.

Bukankah dahulu nya, berkerjasama dengan DAP yang tetap serupa seperti hari ini, telah dijustifikasikan dengan prinsip tahaluf siasi? Maka jika  demikian, konsep dan prinsip tahaluf siasi yang di perjuangkan penerimaan nya oleh ustaz Nik Aziz dan sokong oleh beberapa pemimpin PAS yang berotoriti hari ini seperti ustaz Tuan Ibrahim, adalah pada dasar nya, suatu kesalahan besar? Adakah tahaluf siasi itu suatu konsep palsu yang dipakai untuk convenience?

Dan penyokong serta ahli PAS tidak menyedari perkara ini?

Nampaknya, dari sudut politik pratikal, PAS di pandu oleh imbuhan2 segera.

Sekarang ianya jadi fashionable untuk menjustifikasikan gabungan dengan musuh nya yang utama yakni UMNO.  Parti2 komponen BN yang bukan Melayu jangan merasa seronok- sebab sentiment keatas DAP sekarang, juga teraplikasi keatas mereka. Keutamaan PAS sekarang ialah bergabung dengan UMNO parti sebangsa dan seagama dengan PAS. Parti lain yang tidak seagama dan tidak sebangsa dan tidak sepemikiran, tidak releven kepada PAS. Dan ini termasuk PBB yang ada 14 kerusi parlimen, sama banyak dengan PAS sekarang. Kerana parti itu tidak sepemikiran dengan PAS.

Apakah yang mendorong ‘kecintaan semula’ PAS terhadap UMNO? Mana2 kita pergi, ungkapan orang PAS ialah, kita kena berbaik dengan UMNO sebab Dato Najib itu Melayu, Islam. Kita tutup mata dengan kesalahan dan kemungkaran yang dia lakukan sebab, keutamaan kita mempertahankan kerajaan sebangsa dan seagama. DAP itu cina, yang anti Islam, anti bangsa melayu dan anti Raja Melayu. Semua cerita mengenai korapsi Najib adalah rekaan orang2 DAP dan pembangkang lain. Lagi pun, kita tidak ada 4 saksi yang melihat antan lesung masuk ke antan.

Dan kita mesti taat kepada pemimpin kita, ustaz Haji hadi. Dia kasyaf tinggi, tok guru, murabbi, sembelih lembu tak percik darah kat jubah nya. Ini semua tanda2 karamah ustaz Hadi.

Perkembagan keatas sikap PAS membuktikan suatu kebenaran. Najib sebetulnya tidak perlu membayar setiap pengundi untuk menang sokongan sesuatu pihak. ia mencukupi dengan membeli beberapa pemimpin sahaja dan pengikut2 mereka sudah berada dalam tangan Najib.

Agaknya orang2 PAS sudah melupakan beberapa prinsip yang lebih asas yang mendasari sikap dan perwatakan politik. Benar, PAS kata mereka berjuang atas dasar2 dan prinsip Islamik, dan prinsip islamik yang releven bila berinteraksi dengan rakan2 seperjuangan mestilah prinsip2 yang mendasari perbuatan berkerjsama.

Apa nya prinsip2 ini?  Antara nya, setiakawan, saling boleh mempecayai satu sama lain, menjadikan diri boleh dipercayai, dan tahaluf siasi itu sendiri. Sekarang ini, walaupun PAS tetap berkata bahawa asas mereka ialah islamik, pada pandangan rakan2 seperjuangan yang lain, PAS adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. Kata2 mereka tidak boleh dipakai, salaman tangan mereka tidak tetap.

Kita melihat 2 faktor beroperasi dengan perubahan sikap PAS yang belot pada kawan2.

  1. Keghairahan PAS berbaik dengan umno dan Najib didorong oleh timbulnya keangkuhan dan rasa diri itu benar dan tidak boleh dibantah.
  2. Objektif bersatu dengan UMNO itu dilakukan atas kesediaan mengorbankan prinsip keadilan dan kebenaran.

Dalam alQuran Allah melaknati mereka yang merasakan ilmu dan pengetahuan yang ada terkandung dalam dada mereka sudah lengkap.

Kedua, Allah melaknati mereka yang menyembunyikan kebenaran walaupun sudah ternyata fakta2 dan petanda.

Dalam ayat 87 Al Baqarah, Quran menceritakan sikap suatu kumpulan yang menolak mesej yang tidak seselera dengan pemikiran mereka lalu kumpulan ini melabelkan pembawa mesej yang berbeza itu sebagai pemfitnah dan sabahagian mereka itu dibunuh secara politik.

Bukan sahaja DAP tapi parti2 seperti Amanah dan PKR pada satu tahap, dilabel sebagai pembawa fitnah dan sebahagian dihalalkan darahnya mereka. Inilah sikap pemimpin tertinggi PAS bila tidak tahan dengan bajakan pemikiran yang tidak seselera dengan mereka.

Sikap pemimpin PAS lagi pun memperlihatkan kesombongan yang ekstrim- seolah2 ilmu dan pengetahuan yang ada dalam dada sudah lengkap dan tidak memerlukan apa2 tambahan dan pencerahan dari pihak lain.

Ayat 88 surah AlBaqarah menceritakan sikap orang yang mengistiharkan apa yang ada dalam qalbu mereka sudah lengkap tidak memerlukan penambahan dari pihak lain. Allah melaknati orang yang bersikap angkuh seperti ini.

Prinsip keangkuhan seperti ini, tidak ada tempat dalam membentuk kesetiakawanan dalam politik. Kesombongan dan keangkuhan memisahkan kamu dari rakan2 lain.

Lihat Al Baqarah ayat 87-88.

Sekarang siapa yang lebih fir’aun?-2

Dalam Al Quran, terdapat banyak cerita mengenai tabiat dan fi’il geng2 yang melakukan kejahatan dan rasuah. Pertembungan antara golongan yang ada kuasa dengan golongan yang ditindas, saikoloji penindas dan yang dizalimi adalah antara isu2 yang dapat dilihat dan dipelajari dalam kisah firaun dan nabi musa as.

Firaun bukan nama khusus seseoang raja – tapi ianya gelaran keatas pemerintahan yang zalim, ganas, dan buas. Maka, istilah firaun boleh dipakai dalam mana2 zaman untuk merujuk kepada pemimpin dan kerajaan yang ganas dan buas.

Malaysia hari ini, berada dalam keadaan yang demikian.

Banyak lagi pengajaran politik ada dalam surah ke 7 Al Quran itu. Bermula dari ayat 103.

  • Senjata paling ampuh dalam tangan rakyat yang ditindas dan dizalimi oleh pemerintah yang buas, ialah kebenaran.
  • Mesti ada saf pemimpin yang berani berdepan dengan penguasa yang zalim.
  • Mereka menjuarai kebenaran dan golongan yang ditindas.
  • Kekuatan kumpulan ini bukan datang dari kedudukan atau jawatan- tapi datang dari kebenaran misi mereka.
  • Dalam kumpulan yang ditindas mesti ada disiplin dan kesetiaan kepada prinsip2 kebenaran.
  • Pemimpin juga mesti tegas dan menjaga disiplin pengikut.
  • Sementara kejayaan adalah kerana pertolongan dan bantuan rabbul alamin, kegagalan berpunca dari perbuatan sendiri.

Dari pihak pemerintah yang buas , kita pelajari beberapa perkara. Ketua pemerintahan yang buas, menganggap dirinya maha kuat. Bahkan mencapai taraf Tuhan. Keliling nya, ada kumpulan dedalu yang hidup menghisap hayat dari institusi pemerintahan. Mereka terdiri dari pemuka2 pemerintahan- tukang sihir, penasihat, pengipas dan satu pasukan yang sentiasa bersedia membuli dan mengkasari rakyat jelata. Antara pembodek dan pengipas ada yang mempunyai hati yang bersih- apabila kebenaran dilihat dan diterima, mereka sanggup berpaling tadah dari Firaun.

Didalam  kumpulan pemuka2 Firaun ada kumpulan kecil yang tebal dosa mereka dan memang tidak boleh diselamatkan. Mereka melihat yang berpaling tadah sebagai pesalah. Mereka akan menasihati Firaun melakukan kezaliman, kaki dan tangan dipotong dan dibunuh diatas tiang salib. Potong tangan dan kaki secara bersilang ini rupa2 nya telah dilakukan oleh Firaun beribu tahun yang lampau. Ada suatu kumpulan dalam masyarakat kita mahukan hukuman seperti itu dipraktikkan.

Firauan mengelilingi dirinya dengan pembesar2, tukang sihir dan pemuka2 negara. Kepentingan mereka ialah mengekalkan firaun sebagai pemerintah supaya institusi firaun itu terus dijadikan sumber menzalimi dan menekan rakyat. Tidak syak lagi, merekalah yang berusaha membentuk imej Firaun sebagai Tuhan disamping sifat ego Firaun yang semula jadi.

Perkara serupa berlaku pada Najib. Kita lihat bagaimana beberapa orang menteri membentuk imej Najib yang bersifat mutlak. Kalau lawan Najib sama seperti murtad. Najib anugerah Allah untuk bangsa Melayu. Najib pelopor wasathiyah, maqasid shariyah dan sebagainya. Najib tidak boleh berbuat apa2 kesilapan.  Ramai orang dengki sama Najib. Amerika serang Najib sebab dia Muslim yang baik.

Seperti Firaun zaman dahulu, hari ini, najib pun dikellingi tukang sihir yang selalu melakukan sihir keatas rakyat. Mengenai isiu perbelanjaan Rosmah Mansor sebagai contoh, ambil lah tindakan yang sendo- saman umpamanya. Di Amerika semua ada hak untuk memulakan tindakan undang2 dan sistem perudnangan disana bukan seperti system undang2 dalam repablik pisang.

Reaksi seorang tukang sihir Najib, Saleh said keruak nama nya, bersifat kartun. Dia telah mencadangkan ASWJ meletakkan calun dalam PRU14. Apa kena budak ini? Sampai sebut konsep might is right lah, neocon lah- hello ini semua tidak kena mengena dengan isiu belanja Rosmah. Hanya jawab, belanja atau tidak? Jika belanja, dari mana dia dapat duit?

Konsep might is right itu sebenarnya, sedang diamalkan oleh kerajaan yang Saleh Said Keruak menjadi anggotanya. Laman web yang kritikal kepada kerajaan ditutup. Mereka menggunakan akta hasutan mengancam kebebasan memberi pendapat.

Lih- zaman kamu membodohkan rakyat dan menakutkan mereka sudah berlalu. Berlagak professional dan pandailah sedikit. Cerminkanlah bahawa kabinet boss kamu ada kualiti sedikit.

siapa yang fir’aun sekarang?

Dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan, Najib telah mengistiharkan dia tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah. Bergema tepukan perwakilan bila Najib sebut demikian. Gegak gempita, goga dewan UMNO Pekan. Macam halilintar membelah bumi.

Semua orang Islam pun berkata demikian seperti juga penganut2 agama lain. Mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Tuhan2 mereka.

Najib bukanlah pemimpin yang pertama menyebut demikian. Fir’aun tidak takut kepada sesiapa melainkan, akhirnya kepada Allah jua. Ketika mahu ditelan laut , Fir’aun mengakui hanya takut dan tunduk kepada Allah.

Tapi Allah berfirman bahawa sudah terlewat. Sebab bila ada kuasa, Fir’aun angkuh dan sombong. Dia menindas dan menzalimi rakyat nya. Hukuman nya ialah hukuman mutlak. Undang2 Fir’aun menindas rakyat.

Suatu ketika dahulu orang menyebut Mahathir sebagai orang zalim. sebutan keatas Dr Mahathir ialah maha Fir’aun.

Jelas disini, Fir’aun adalah lambang pemimpin yang zalim, menindas dan menzalimi rakyat.

Bukan gelaran Idi Amin, bukan papa doc Duvalier, bukan Pinochet atau Kim Il Jong. Atau Stalin dan lain2 lagi. Gelaran Fir’aun lebih tepat.

Zaman Najib kita ada POTA, POCA, SOSMA dan akta MKN. Akta hasutan masih terpakai. Tujuan Najib ialah menggunakan akta2 ini keatas sesiapa yang mengancam dan dianggap ancaman kepada kedudukan PM yang bersifat kefir’aunan itu.

Bila ada kuasa dan kaya pula, Najib dan pemuka2 nya ingat mereka boleh lakukan apa sahaja. Sebab itu kita ada 1MDB. Duit perbendaharaan dijadikan seperti duit sendiri.

Najib disokong oleh pemuka dan pembesar yang korap. Mereka ini banyak harta, dan perhiasan2 seperti kereta mewah, Bentley, Mercedes yang termahal, dan rumah bagaikan istana.

Najib dan pemuka dan macai2 nya, menjadi angkuh, bongkak, sesat dan menyesatkan rakyat. Ini terjadi sebab keangkuhan mereka terbit dari kuasa yang mereka ada dan kekayaan yang dijadikan alat untuk mengancam dan menekan orang ramai.

Orang Melayu yang beragama Islam menjadi mangsa utama mereka. Sebab orang Melayu dalam negara kita ini merupakan golongan yang paling mudur dari segi ekonomi, maka mudahlah orang Melayu ditakutkan dan diancam dan disuruh tunduk oleh Najib dan pembesar2 nya.

Tapi Najib danpembesar2 nya lupa bahawa doa orang yang ditindas dan dizalimi dimakbul Tuhan.

Dalam surah Yunus, ayat 10-11, Allah mengingatkan kita mengenai doa Nabi Musa yang baca oleh orang yang dizalimi:-

Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Fir’aun dan pemuka2 kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami, akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalan Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka sehingga mereka tidak beriman sampai mereka lihat siksa yang pedih. Al Quran, Yunus 10:88.

Allah berfirman: sesunggunya telah dikabulkan doa kamu( Musa dan Harun). Oleh itu hendaklah kamu tetap dan janganlah kami menurut jalan orang yang tidak mengetahui. ( Yunus 89).

Manusia berdoa, Tuhan yang melaknatkan mereka yang zalim.

politik yang ber-etika

Bagaimana kita menerangkan cara berpolitik sesetengah kumpulan? Sebagai contoh, hingga ke hari ini, saya tidak faham cara PAS berpolitik. Perlakuan mereka berpolitik mengukuhkan kepercayaan saya dan ramai lagi, bahawa sebagai parti politik, PAS bukanlah rakan yang boleh dipercayai.

Apa yang menakutkan PAS?

Dan tidak boleh percayakan mereka, tidak ada kena mengena dengan asas perjuangan mereka, iaitu Islam. Saya tidak mahu percaya itu cara politik Islam.

Kerana, bagaimana sebuah parti Islam boleh bermuafakat dengan parti yang melakukan kemungkaran? Sedangkan prinsip permuafakatan dan kerjasama ialah melakukan demikian untuk kerja murni/righteous dan meningkatkan ketaqwaan. Prinsip ini dinyatakan dalam penghujung ayat 2 surah 5 al Quran. Lihat Quran 5:2.

Bukan hanya keatas PAS- prinsip ini mempunyai aplikasi sarwajagat. Ia nya terpakai keatas semua. Jika DAP sebagai contoh, berusaha menghancurkan orang Melayu, kita melawan dengan DAP. Jika UMNO mengakibatkan kerusakan kepada orang Melayu dan negara am nya, kita tidak sokong UMNO. Itu prinsip nya.

Demikian pula, kita tidak boleh sokong orang yang menyembunyikan kebenaran.

Dalam Al Quran pada ayat 159, Allah mengingatkan  kita akan suatu golongan yang Ia laknat dan dilaknati oleh mereka yang ada kapasiti untuk melaknati. Golongan yang dilaknati ialah ahli kitab yang menyembunyikan kebenaran. Golongan yang ada kapasiti untuk melaknati ialah Rasul, nabi2, malaikat, orang alim, orang dianiayai dan dizalimi. Orang yang teraniaya berdoa kepada Tuhan agar membalas kezaliman yang dilakukan. Jika makbul doa, maka Allah membalas penganiayaan sipelaku nya.

Antara pengajaran yang diajar oleh ustaz saya ialah: laknat dan sumpah keatas golongan ahli kitab, hari ini jatuh keatas cerdik pandai yang menyembunyikan kebenaran. Mereka menyembunyikan kebenaran setelah melihat fakta dan tanda2 dan petunjuk2.

Yang boleh mentafsir tanda2 dan petunjuk ialah bukan setakat orang alim dalam bidang agama, tapi golongan cerdik pandai secara umum nya. Selain dari Allah yang menyumpah dan melaknati golongan ini, yang boleh melaknati ialah orang yang ada  kapasiti termasuk orang yang dianiayai dan disakiti yang berdoa kepada Allah supaya membalas dan menghukum penindas dan penganiaya.

Bukan setakat orang alim dalam bidang agama, orang yang cerdik pandai, yang ada pendidikan, yang ada kelebihan minda dari orang awam, mereka semua menanggung hukuman Tuhan.

Mereka bertanggung jawab sebab tidak menegakkan kebenaran dan sebab memberi alasan2 yang tidak masuk akal semata2 mempertahankan pemungkar kerana bersahabat dengan nya, atau termakan budi, atau menerima imbuhan dan seumpamanya.

Semua orang lain melihat fakta2 yang tidak dapat disanggah dan diragui kemunasabahan nya. Oleh kerana kita bukan golongan yang berhubung dengan Tuhan secara lansung, kita tidak dapat bercakap bagi pihak Allah untuk melaknati golongan ini. Tapi bagi pihak orang awam yang disakiti dan dizalimi oleh penyebab musibah, kita berdoa, punca malapetaka dihukum dengan segera dan pembela2 pemungkar2 dihukum segara oleh Allah.

Dalam zaman moden , kita bukan sahaja ada istilah ahli kitab tapi orang berkitab pun ramai.  Walaupun mereka orang berkitab, tapi pilihan politik mereka sangat meragukan. Yakni mengutamakan ketepatan politik atau political correctness dari kebenaran. Kalau dalam keadaan kita pada masa ini , agak nya termasuklah mereka yang ada ilmu agama tapi masih mencari alasan untuk mempertahan pencuri harta rakyat Malaysia.

Golongan ini tidaklah diberi petanda dan petunjuk secara langsung oleh Tuhan. Tapi mereka ada akal untuk mengitiraf petanda dan petunjuk atau dalam bahasa seharaian disebut sebagai fakta atau bukti. Jika mereka aplikasi otak dan akal secara jujur dan amanah petanda dan petunjuk adalah fakta2 dan bukti.

Setelah kita ada semua ini, tapi mereka masih mahu menyembunyikan kebenaran, maka, kita tidak tahu pada pihak Allah, tapi pada pihak orang awam, manusia biasa yang takutkan Tuhan, kita semua meyumpah dan melaknati bukan sahaja pelaku dan penjenayah tetapi juga orang yang berkitab yang menyembunyikan kebenaran.

Mereka akan memberi alasan yang hanya mengelirukan orang awam, bahawa kita memerlukan 4 orang saksi untuk membuktikan bahawa Najib menyebabkan USD3.5 billion dicuri dari 1MDB. 4 orang yang selayak dan memenuhi syarat2 nya, sudah tidak ada.

Orang awam yang enggan dikelirukan, tidak ada masaalah dengan kes ini- sebab kita ada sekarung fakta yang tidak dapat disanggah lagi bahawa MO1 itu ialah Najib dan MO1 telah menyebabkan wang dicuri. Bahkan MO1 alias NAJIB menerima dalam akaun nya wang yang telah dicuri.

Mengenai penceritaan teknikal bagaimana wang itu mengalir dan masuk sini dan sana, tidak perlu saya ulang disini.Pembaca boleh membaca nya di serata tempat.

Tapi kita perlu jawab persoaan persoalan ini.

Bagaimaankah pendiran kita sebetnya- orang Melayu yang saban hari mentahkikkan atau menegaskan bahawa , kehidupan kita ini diwarnai oleh sibgah Allah? Prinsip yang utama sekali ialah taqwa- yakni melakukan apa yang Allah suka dan menolak apa yang Allah murkai.

Allah tentu tidak memerintah kita bersubahat dengan krook dan mempertahankan krook. Jika kita, apalagi orang alim agama mempertahankan penjenayah, maka itu akan membuat orang tidak percaya kepada kita lagi.

Bagaimana sikap dan pendirian kita sebenarnya? Kerajaan Najib telah melancarkan konsep hidup wasathiyah. Iaitu menjadikan diri kita adil dan saksama untuk membolehkan kita mengadili kaum lain dan supaya disebabkan kita adil dan saksama, orang lain akan menjadikan kaum Muslim sebagai contoh teladan budi perkerti yang terbaik.

Jika kita engkar kepada prinsip wasathiyah sebenar nya, maka kita sebetulnya bangsa yang hipokrit. Kita akan bengkok apabila keadaan bertukar. Kita kata kita adil , tapi apabila melbatkan Najib, kita tinggalkan tuntutan adil itu.

Bisikhati Orang Melayu.

Kita tidak memerlukan pengesahan dari ASWJ, atau BBC atau ejensi pemberitaan yang lain- mereka semua mengesahkan apa yang selama ini kita tahu, MO1 semestinya tidak lain dan tidak bukan ialah Najib Tun Razak.

Itu  menjadikan semua yang berdolak dalih mengenai identiti MO1, sebagai pembohong dan pendusta. Kita tidak terkejut dengan identiti MO1, kita hanya terkejut dengan industri pembohongan dan putar belit yang memagari Najib Tun Razak. Habis semua rakyat ditipu, sehingga tidak ada yang tinggal lagi untuk ditipu.

Sehingga kini tidak ada tindakan undang2 keatas MP Langkawi yang secara petualang nya, mencadangkan bahawa MO1 itu YDP Agong. Kita hanya perlu mengesahkan sama ada berbilion yang masuk kedalam akaun di Ambank itu, milik YDP Agong. Kemudian kita hanya perlu sahkan bahawa Riza Aziz bersaudara dengan Agong. Kemudian, kita selidik sama ada selama 1MDB beroperasi, adakah kita lihat penglibatan YDP Agong dalam nya?

Kes menconteng arang di muka YDP Agong tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.Adakah UMNO merestui perlakuan MP Langkawi?

Walapun sesudah sahih bahawa MO1 itu Najib tun Razak- orang yang bertanggungjawab menjadi sutradara atau director kepada semua drama2 yang belaku dalam 1MDB- orang Melayu masih tidak bergerak. Cosncience atau bisikhati mereka tetap beku.

Apa sudah jadi kepada nilai bangsa Melayu? apa sudah jadi kepada keIslaman mereka?

Khususnya orang UMNO masih bersetia kepada seorang yang telah mencuri wang 1MDB dan berpakat untuk menyalur wang dari 1MDB kedalam akaun nya dan akaun2 proksi nya.

Apabila sebanyak USD620 juta dipulangkan oleh Najib kepada Tanore Finance corporation, mana dokumen nya? Bolehkah anugerah Allah kepada orang Melayu ini mengemukakan resit rasmi dan boleh pula perbuatan itu diperakui oleh bank Negara Malaysia? Siapakah yang boleh menyangkal bahawa Tanore Finance Corporation atau akaun yang menerima pemulangan USD620 juta itu bukan akaun proksi Najib?

Juga sukar kita hendak percaya, sebagai embezzler-in-chief, Najib hanya dapat USD1 billion dari USD6-8 billion yang tidak dapat dikesan? Mustahil budak suruhan dan macai dapat lebih dari boss?

Bila orang Melayu mahu bangkit bersetia kepada prinsip amar makruf nahi mungkar?